27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

TMJ titah semua agensi, kakitangan siap siaga hadapi banjir

Mesti Baca

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan semua agensi dan kakitangan berkaitan agar bersiap siaga di setiap daerah yang mungkin mengalami banjir.

Menurut baginda, pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) juga telah dititahkan agaer bersedia dikerah bagi menyediakan barangan bantuan.

Baginda bertitah, ia susulan laporan beberapa daerah di negeri itu mengalami taburan hujan yang lebat dan kemungkinan berlaku banjir pada pagi ini.

“Semua agensi dan kakitangan sudah bersedia di daerah-daerah yang mungkin mengalami banjir. Johor Military Force juga sudah bersedia untuk dikerahkan dengan menyediakan barang barang bantuan,” titah baginda menerusi twitternya hari ini.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran merah bagi daerah Mersing dan Kota Tinggi berikutan hujan sangat lebat berterusan yang dijangka berlaku sehingga esok.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan taklimat kepada pasukan JMF sebagai persiapan menghadapi banjir di Johor. – Sumber: Twitter TMJ

Amaran jingga iaitu hujan lebat berterusan pula dikeluarkan bagi daerah Segamat dan Kluang sehingga 1 Januari, sementara lain-lain daerah dalam status waspada.

Sementara itu, Tunku Ismail juga dimaklumkan bahawa sehingga tengah hari ini paras Sungai Skudai di Kampung Pasir, Johor Bahru berada pada paras amaran berikutan hujan lebat yang melanda.

Sungai itu mencatatkan bacaan 0.54 meter dengan trend menaik manakala Sungai Tiram turut menunjukkan trend menaik walaupun masih berada di paras biasa. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan