30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mangsa banjir di Selangor, KL dikecualikan bayar bil air Januari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA mangsa bencana banjir di Selangor dan Kuala Lumpur akan dikecualikan daripada pembayatan bil air bagi bulan Januari 2022, umum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini.

Bagaimanapun, pengecualian itu diberikan kepada pengguna Domestik (Kod tarif 10) sebagai tanda sokongan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir besar baru-baru ini.

Menurut kenyataan syarikat itu, pengecualian tersebut merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang diumumkan kerajaan negeri Selangor.

Katanya, pengguna yang terjejas banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik dan tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor.

“Bil air bulanan akan terus dikeluarkan sepanjang tempoh pengecualian bayaran namun pengguna yang layak menerima pengecualian tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh dinyatakan.

Advertisements

“Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor menerusi talian 15300 atau merujuk aplikasi Facebook, Instagram dan Twitter syarikat itu, selain boleh mengajukan pertanyaan dan aduan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Dalam kejadian banjir besar dan tanpa diduga, yang melanda negeri itu seramai lebih 40,000 orang terpaksa dipindahkan di pusat penempatan sementara (PPS) melibatkan beberapa daerah dan mengorbankan lebih 20 nyawa.

Antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir yang bermula sejak 17 Disember itu ialah Shah Alam, Klang, Dengkil, Hulu Langat selain beberapa kawasan di Kuala Lumpur. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan