25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

UUM hantar wakil keluarga Nur Nabilah ke Curacao Jumaat ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) akan menghantar waris kepada Nur Nabilah Mohd Azahar, 25, yang terlibat dalam kemalangan ke Curacao, Caribbean, Jumaat ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Profesor Haim Hilman Abdullah berkata, pihak universiti bersetuju untuk menghantar wakil keluarga pelajar berkenaan bagi melihat dan memberi sokongan moral kepada Nur Nabilah setelah mengadakan perbincangan bersama ibu bapa pelajar terbabit.

Katanya, Nur Nabilah yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean pada 28 Disember lalu.

“Turut bersama ialah pegawai dari UUM yang akan membantu mengurus dan memudahcara segala urusan berkaitan rawatan termasuk memberi sokongan moral kepada Nur Nabilah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, waris Nur Nabilah dan pegawai UUM akan segera berangkat ke Curacao setelah semua urusan dokumentasi selesai.

Baca juga:   Harap teroka kerjasama industri pertahanan dengan Turkiye - PM

“UUM turut bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya.

Haim Hilman yang turut menjalankan fungsi Naib Canselor UUM berkata, pihak universiti berusaha memastikan keperluan rawatan dan kebajikan Nur Nabilah dipenuhi serta urusan membawa pulang berjalan lancar.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kesihatan dan kebenaran dari hospital di Curacao.

“Pihak universiti sekali lagi menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada Nur Nabilah dan keluarga di atas kemalangan yang menimpa. Semoga dia kembali sembuh dan tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Baca juga:   Pasukan tempur PDRM bantu selamatkan mangsa banjir

Jumaat lalu, media melaporkan ibu bapa Nur Nabilah bimbang dengan keadaan anak bongsu mereka selepas menerima berita kemalangan terbabit daripada kenalan pelajar itu.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan