24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KPT bantu mudah cara bawa pulang Nur Nabilah

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) akan memudah cara segala urusan membawa pulang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Nabilah Mohd Azhar yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacoa, Carribean.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya dan UUM juga urusan berkaitan tuntutan insurans pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) UUM itu.

“Namun begitu sebagai langkah segera, UUM akan membiayai pembayaran awal kos rawatan hospital Nur Nabilah sebelum tuntutan insurans perlindungan penuh dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Nur Nabilah, 25, putus kaki kanan selepas terkena kipas bot ketika menjalani latihan menyelam di kepualauan tersebut Rabu lalu.

Menurut bapanya, Mohd Azhar Zakaria, anak perempuannya itu kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Curacao, Venezuela.

Beliau berkata, kaki Nur Nabilah terpaksa dipotong dan lengan kanannya retak.

Advertisements

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM ketika mengesahkan perkara itu berkata, pelajar yang berasal dari Alor Setar itu sedang menjalani latihan industri selama empat bulan bermula 13 September hingga 13 Januari 2022.

Noraini berkata, Nur Nabilah mengalami kemalangan yang menyebabkan perlunya pembedahan kecemasan dibuat bagi menyelamatkan nyawanya.

“Beberapa pembedahan susulan dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan UUM untuk menyelaras urusan membawa pulang pelajar tersebut dengan Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela, bergantung kepada tahap kesihatan dan kebenaran hospital Curacoa.

“KPT sekali lagi ingin menzahirkan rasa sedih akan kemalangan yang menimpa Nur Nabilah, dan memberi komitmen akan memastikan segala bantuan dan kebajikan yang diperlukan pelajar tersebut dapat disegerakan dan berjalan lancar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan