24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

12 sungai berada pada paras bahaya pagi ini – JPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARAS air di 12 sungai di negara ini telah mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sehingga pagi ini.

Lima sungai terbabit masing-masing dua sungai di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka serta satu sungai di Selangor berada di tahap bahaya dengan trend menurun.

Di PAHANG, bacaan Sungai Lipis di Benta, Lipis menunjukkan pada paras 75.39m telah melebihi tahap bahaya pada 75m sehingga jam 7.55 pagi ini dengan trend menurun.

Bacaan di Paya Gintong, Jerantut menunjukan pada paras 32.05m telah melebihi tahap bahaya pada 32m dengan trend menaik.

Sungai Serting di Jam Padang Gudang, Bera menunjukkan pada paras 45.64m telah melebihi tahap bahaya pada 45m dengan trend menurun.

Sungai Jelai di Jeti Lipis menunjukkan bacaan 66.1m, melebihi tahap bahaya pada 65.5m dengan trend menaik.

Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran menunjukkan pada paras 28.45m telah melebihi tahap bahaya pada 28m dengan trend menurun.

Di JOHOR pula, Sungai Segamat di Bandar Segamat menunjukkan pada paras 9.45m telah melebihi tahap bahaya pada 9.14m dengan trend menaik.

Advertisements

Sungai Tangkak di Kampung Sri Makmur, Tangkak menunjukkan pada paras 4.17m telah melebihi tahap bahaya pada 4m dengan trend menurun.

Manakala, di NEGERI SEMBILAN, Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol menunjukkan pada paras 36.95m telah melebihi tahap bahaya pada 33m dengan trend menaik.

Di Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah menunjukkan pada paras 63.65 meter (m), melebihi paras bahaya 63 m dengan trend menaik.

Di MELAKA, Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah menunjukkan pada paras 2.9 meter (m), melebihi paras bahaya 2 m dengan trend menaik.

Sungai Melaka di Melaka Pindah menunjukkan pada paras 12.05m, melebihi paras bahaya 11.9 m dengan trend menurun.

Di SELANGOR, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam menunjukkan pada paras 2.72 m, melebihi paras bahaya 2.3 m dengan trend menurun.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan