25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 26, 2022

Fenomena air pasang besar dijangka hari ini hingga Rabu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK pesisir pantai khususnya di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung diminta berwaspada berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini sehingga Rabu ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, walaupun fenomena kali
ini berskala lebih kecil berbanding November lalu tetapi keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang boleh menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, kawasan-kawasan yang berisiko adalah di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datok, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.

Baca juga:   Isu MyUbat akibat kekeliruan pelanggan, pegawai - HKL

“Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Facebooknya jangkaan akan berlaku air pasang besar di sekitar daerah Batu Pahat, Johor pada 2 hingga 5 Januari.

Menurut KASA, bencana banjir boleh berlaku sekiranya pertembungan air pasang besar dan air hujan lebat berlaku serentak pada satu-satu masa dan mengakibatkan longkang saliran bandar penuh.

Baca juga:   Tempoh diskaun 80% bayar saman tidak dilanjut lagi

Susulan ramalan tersebut Ketua Setiausaha, KASA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang telah meninjau status keadaan aras air semasa sungai-sungai utama di pejabat JPS Batu Pahat.

Untuk maklumat lanjut mengenai status aras air semasa sungai-sungai di seluruh negara, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau menerusi aplikasi MyPublicInfoBanjir.

-EDISI9

Terkini

Potong gaji menteri tak selesai masalah kos sara hidup

CADANGAN supaya gaji menteri-menteri Kabinet dipotong sebanyak 20 peratus oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah...

Lagi Artikel Berkaitan