24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

Banjir: 7,792 mangsa banjir masih di 121 PPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 7,792 orang daripada 2,215 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri, setakat jam 11.00 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa ditempatkan di 121 PPS di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor dan Melaka.

Di Negeri Sembilan, mangsa banjir menunjukkan peningkatan apabila seramai 1,795 mangsa banjir daripada 472 keluarga berlindung di 16 PPS.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,760 orang daripada 542 keluarga, yang ditempatkan di 49 PPS.

Di Johor pula, jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,667 orang daripada 455 keluarga, yang ditempatkan di 31 PPS.

Melaka merekodkan 1,164 mangsa banjir daripada 293 keluarga, yang berlindung di 11 PPS, manakala Johor menempatkan 1,623 mangsa banjir daripada 441 keluarga, di dua PPS.

Baca juga:   Bersama cari jalan pulihkan negara, titah Tunku Azizah

Sabah pula merekodkan 668 mangsa banjir daripada 240 keluarga berlindung di enam PPS.

Ia membabitkan seramai 657 mangsa lelaki dan 607 wanita, 442 kanak-kanak dan selebihnya warga emas, bayi dan orang kelainan upaya (OKU).

Di Kelantan, seramai 255 mangsa banjir daripada 94 keluarga berlindung di tiga PPS, manakala di Terengganu, seramai 137 mangsa banjir daripada 42 keluarga berlindung di dua PPS.

-EDISI9

Terkini

Projek MARA Digital diteruskan – PM

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan