24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah NS meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di tiga buah daerah di Negeri Sembilan yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 2,010 orang setakat pukul 8 pagi tadi.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kesemua mangsa dari daerah Tampin, Jempol dan Kuala Pilah tersebut ditempatkan di 20 buah PPS yang dibuka termasuk enam PPS yang dibuka semalam.

“PPS yang baharu dibuka semalam adalah di Surau Kampung Kurnia Diraja, Dewan Semai Bakti Felda Pasir Besar dan Dewan Orang Ramai Kampung Tiong di Tampin.

“Di Kuala Pilah pula, tiga buah lagi PPS turut dibuka semalam iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansur, SMK Palong 7 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung San,” katanya.

Laporan tersebut berkata, kesemua mangsa yang terjejas banjir berkenaan adalah terdiri daripada 544 buah keluarga.

Baca juga:   ATM utamakan usaha selamatkan mangsa banjir - Panglima

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah di Tampin masih lagi mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi telah dipindahkan iaitu seramai 509 orang daripada 120 buah keluarga.

“Ia diikuti PPS SMK Gemas seramai 281 orang, Dewan Besar Gemas (169) dan Dewan Semai Bakti Felda Pasir Besar (167) kesemuanya di daerah Tampin,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 27 orang mangsa dari lapan buah keluarga masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Puom, Jelebu susulan kejadian banjir pada 18 Disember tahun lalu.

Baca juga:   Banjir: MARA gerak 280 pelatih baik pulih pendawaian elektrik

Sementara itu, susulan kejadian banjir yang berlaku kelmarin dan semalam, tiga buah jalan masih ditutup untuk dilalui oleh semua kenderaan.

Tiga jalan terbabit adalah di N17 Kampung Temeris, N17 SMK Jelai dan FT001 Kampung Geduk. – Edisi 9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan