26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

16 sungai berada paras bahaya sehingga 11 malam tadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARAS air 16 sungai di empat negeri terus meningkat dan mencatatkan paras bahaya sehingga 11 malam ini, lapor Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Public Info Banjir JPS menunjukkan enam sungai di Pahang, lima di Johor, tiga di Negeri Sembilan, dan dua di Melaka berada pada tahap bahaya dengan 10 daripadanya menunjukkan trend menaik.

Di PAHANG, bacaan di Paya Gintong, Jerantut menunjukkan pada paras 46.05 telah melebihi tahap bahaya pada 45m dengan trend menaik.

Sungai Jam Chegar Perah, Lipis, menunjukkan pada paras 98.19 telah melebihi tahap bahaya pada 98m dengan trend menaik.

Sungai Serting di Jam Padang Gudang, Bera (Pahang) menunjukkan pada paras 33.09m telah melebihi tahap bahaya pada 30.5m dengan trend menaik.

Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran (Pahang) menunjukkan pada paras 28.78m telah melebihi tahap bahaya pada 28m dengan trend menurun.

Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh (Pahang) menunjukkan pada paras 40.46m telah melebihi tahap bahaya pada 40m dengan trend tiada perubahan.

Sungai Pukin di Rompin (Pahang) menunjukkan pada paras 45.12m telah melebihi tahap bahaya pada 45m dengan trend menurun.

Di JOHOR pula, Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat menunjukkan pada paras 6.65m telah melebihi tahap bahaya pada 6m dengan trend menaik.

Sungai Muar di Buluh Kasap, Segamat menunjukkan pada paras 9.77m telah melebihi tahap bahaya pada 9.14m dengan trend menaik.

Advertisements

Sungai Segamat di Bandar Segamat menunjukkan pada paras 9.42m telah melebihi tahap bahaya pada 9.14m dengan trend menaik.

Sungai Tangkak di Kampung Sri Makmur, Tangkak (Johor) menunjukkan pada paras 4.46m telah melebihi tahap bahaya pada 4m dengan trend tidak menunjukkan perubahan.

Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing menunjukkan pada paras 2.6m telah melebihi tahap bahaya pada 2.2m dengan trend menaik.

Manakala, di NEGERI SEMBILAN, Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol menunjukkan pada paras 37.7m telah melebihi tahap bahaya pada 33m dengan trend menurun.

Sungai Gemencheh di Empang Sungai Dua menunjukkan pada paras 39.62m telah melebihi tahap bahaya pada 33m dengan trend menurun.

Di Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah (Negeri Sembilan) menunjukkan pada paras 63.78 meter (m), melebihi paras bahaya 63 m dengan trend menaik.

Di MELAKA, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin menunjukkan pada paras 3.71 meter (m), melebihi paras bahaya 3.7m dengan trend menaik.

Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah menunjukkan pada paras 2.97 meter (m), melebihi paras bahaya 2 m dengan trend menaik.

Di Selangor, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam menunjukkan pada paras 2.72 meter (m), melebihi paras bahaya 2.3 m dengan trend menurun.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan