SEBANYAK 4,116 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini sekaligus melepasi angka 4,000 bagi tempoh dua hari berturut-turut.
Dengan pertambahan kadar jangkitan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka penularan COVID-19 di negara ini kepada 2,829,089 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 4,116 kes harian, 4,077 atau 99.1 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.
“Manakala baki 39 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3,4 dan 5,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau juga berkata, sebanyak 2,858 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif ialah sebanyak 2,753,119 kes.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 141 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sebanyak 498 kes import direkodkan terdiri 406 warganegara dan 92 warga asing.
“Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesan sembilan kluster baharu, sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif ketika ini sebanyak 225.
Ujar beliau,sebanyak 16 kematian baharu dilaporkan akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.- Edisi 9