24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM harap keluarga Dr Mahathir tabah, keadaan stabil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berharap keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad tabah menghadapi ujian setelah bekas Perdana Menteri itu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana Menteri yang meluangkan masa kira-kira setengah jam menziarahi dan bertemu isteri Ahli Parlimen Langkawi itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Tiba di IJN sebentar tadi untuk menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke IJN.

“Saya turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad terus tabah,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Malaysian Insight yang memetik sumber berkata, Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, sehingga malam ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh IJN tentang keadaan pemimpin berusia 96 tahun itu.

Pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudian.

Namun pada 7 Januari lalu, beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan pulang pada 13 Januari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan