26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Murid jatuh: JPN Sarawak ambil tindakan segera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pedidikan Negeri (JPN) Sarawak mengambil tindakan segera dengan menyediakan sejumlah peruntukan bagi pelaksanaan kerja menggantikan kayu penghadang koridor di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Baram susulan insiden murid terjatuh dari beranda pada Rabu lalu.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kerja-kerja tersebut termasuklah pembaikan kecil lain yang kini sedang giat dilaksanakan dan ada sebahagiannya telah pun siap.

“Dua hari lalu kami menerima laporan berkaitan murid tahun dua di SK Long Bemang yang terjatuh dari beranda sekolah kerana kayu penghadang telah reput.

“Saya terus meminta semakan dibuat untuk melihat sama ada sekolah ini berada dalam senarai projek pembangunan atau penyelenggaraan bangunan daif di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan saya dimaklumkan sekolah ini memang telah ada dalam senarai tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengusahakan sebaik mungkin supaya proses tender bagi pembinaan bangunan dan menaik taraf fasiliti SK Long Bemang dibuat selewat-lewatnya bulan Februari ini.

Katanya, KPM akan memastikan pelaksanaan projek penggantian ini berjalan lancar dan proses pelantikan kontraktor selepas tender dibuka kelak dimuktamadkan secepat mungkin bagi membolehkan fasiliti yang lebih kondusif dan selamat untuk warga sekolah dapat disediakan.

“Saya doakan agar adik Aliccia terus diberikan kesihatan yang baik dan dapat kembali ke sekolah.

“KPM sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur sekolah yang selesa dan selamat demi kelangsungan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,”katanya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan