34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kadar AEFI dos penggalak kurang, 51 laporan diklasifikasi serius

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 51 kes iaitu bersamaan 5.2 peratus daripada 984 laporan Kesan Sampingan Susulan Imunisasi (AEFI) bagi dos penggalak vaksin COVID-19 diklasifikasikan sebagai serius setakat 20 Jan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya, sistem pelaporan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 24,411 laporan AEFI melibatkan dos penggalak.

Menurut beliau, kadar AEFI bagi dos penggalak didapati kurang berbanding keseluruhan rekod dicatatkan sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

“Kadar pelaporan AEFI bagi suntikan penggalak ialah 0.1 bagi setiap 1,000 dos, berbanding perangkaan keseluruhan iaitu 0.4 bagi setiap 1,000 dos.

Pemantauan laporan AEFI yang diterima oleh NPRA setakat ini menurut beliau, menyimpulkan bahawa trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan dos penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos primer.

“Trend pelaporan yang sama juga turut dilaporkan oleh negara lain yang telah menjalankan program imunisasi bagi dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujar beliau lagi, demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan merupakan antara kesan advers yang kerap dilaporkan oleh penerima vaksin.

Menurut beliau, penerima vaksin yang mengalami kesan advers boleh membuat laporan AEFI menerusi notifikasi di aplikasi MySejahtera bagi kesan tersenarai di dalam aplikasi itu selain laporan secara dalam talian dengan mengisi Borang Pelaporan Kesan Sampingan Ubat Untuk Pengguna (ConSERF) di laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my).

Untuk rekod, pelaksanaan pemberian dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara sejak 13 Oktober lalu.

Sela masa bagi vaksinasi dos penggalak bagi vaksin Pfizer dan AZ boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan.

Sebelum ini, KKM memaklumkan sela masa penerimaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan AZ adalah sehingga enam bulan manakala penerima vaksin Sinovac adalah 3 bulan.

Bagaimanapun terkini, KKM menyarankan agar golongan rentan seperti warga emas dan individu berpenyakit untuk mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing berhubung pemberian vaksin serta dos penggalak.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan