32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Perhilitan siasatan dakwaan kemunculan harimau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan melakukan siasatan berhubung sebuah klip video didakwa memaparkan kemunculan seekor harimau di kawasan Kampung Santong, Paka, Terengganu, malam tadi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung dengan penemuan haiwan itu.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya akan segera menjalankan siasatan termasuk membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

“Memandangkan ada hutan simpan berdekatan, iaitu Hutan Simpan Rambai Daun, sekiranya tidak ada konflik atau kacau ganggu, biasanya kita akan pantau dan tindakan lain akan diambil mengikut keperluan,” katanya.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, kelibat harimau dipercayai dirakam seorang pemandu kenderaan yang terserempak dengan haiwan itu yang keluar dari sebuah kawasan semak di situ.

Harimau terbabit kemudiannya dipercayai melintasi laluan berbatu di situ yang menjadi laluan yang digunakan penduduk kampung.Rata-rata pengguna Facebook terkejut dan bimbang dengan kemunculan haiwan berkenaan.

Dalam kejadian 14 Januari lalu, seorang penternak, Ramli Mohamad, 65, dari Kampung Chabang, Kerteh mendapati seekor daripada 25 lembu ternakannya mati dibaham harimau.

Sehingga kini, harimau berkenaan masih belum ditangkap.

Pada Oktober tahun lalu, kira-kira 80 pekebun dan penternak di Kampung Tebing Tembah, Paka resah dengan kemunculan harimau belang sejak tiga bulan lalu.

Haiwan liar itu didakwa melintas di kawasan belukar berdekatan kebun sekali gus menyebabkan rata-rata mereka kini terpaksa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan.

-EDISI9

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan