24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

TPB 2030 pacu agenda bumiputera ke peringkat global – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri hari ini berkata, Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) mampu dijadikan panduan untuk memacu agenda bumiputera ke peringkat global.

Menurut Perdana Menteri, bagi memastikan kesinambungan kepada dasar dan inisiatif pemerkasaan bumiputera terdahulu, TPB 2030 dibentuk dengan penyesuaian semasa.

Beliau berkata, TPB 2030 menggariskan strategi jelas melalui program pembangunan dan inisiatif yang diselaraskan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) serta didukung oleh RMK-12 yang terangkum dalam konteks Keluarga Malaysia.

“Secara amnya, TPB 2030 telah mengenal pasti enam sasaran utama untuk dicapai menjelang tahun 2030.

“Sasaran ini bakal dicapai melalui tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang terdiri daripada Pertanian dan Komoditi, Ekonomi Digital, Halal dan Makanan, Kewangan Islam 2.0, Pengangkutan dan Mobiliti Lestari, Pembuatan serta Pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran TBP 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, hari ini.

Ismail Sabri berkata, bumiputera perlu dibantu dengan cara baharu dan lebih berstruktur.

“Inklusif dari Perlis ke Sarawak hingga ke Sabah, termasuk golongan Bumiputera minoriti. Sepertimana yang saya sebutkan dahulu, tiada yang akan dibiarkan terpinggir,” katanya.

Namun menurut Perdana Menteri, Unit Peneraju Agenda Bumiputera atau lebih dikenali sebagai TERAJU juga mestilah moden dalam pendekatannya.

“Dalam menjayakan agenda Bumiputera, TERAJU dan agensi pelaksana lain mestilah memastikan tadbir urus yang tertinggi dipraktikkan dan kualiti piawaian diutamakan.

“TPB 2030 mesti bermatlamat untuk melonjakkan kedudukan bumiputera melalui merit dan daya saing,” tegas beliau.

Jelas Perdana Menteri, tanpa pembangunan kapasiti dan kemampuan Bumiputera, objektif besar tidak akan tercapai.

“Kita mesti mengambil iktibar dari segala program Bumiputera yang telah diusahakan selama ini tetapi masih gagal mencapai sasaran-sasaran asal.

“Maka, dalam merencanakan TPB 2030, pendekatan sesuai dengan abad ke-21 mesti diutamakan agar kita tidak sekali lagi hanya gah dalam ucapan dan pelan atas kertas, tetapi tidak dapat merealisasikan keberhasilan yang mampu benar-benar mengubah nasib golongan Bumiputera di negara ini.

Advertisements

Ismail Sabri menegaskan kejayaan Bumiputera bukan hanya agenda Bumiputera semata-mata, tetapi akan membawa pulangan kepada negara secara keseluruhannya.

“Kita turut mampu memacu agenda Bumiputera ke peringat global dengan pemerkasaan bidang berteknologi tinggi, mempertingkat kualiti lulusan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Katanya, pelancaran TPB 2030 hari ini tepat pada masa dan ketikanya.

“Dengan mandat yang digalas oleh TERAJU sebagai penyelaras, halatuju ini bakal menjadi pemangkin kepada kewujudan ekosistem Bumiputera yang berkembang maju, selaras dengan kepesatan teknologi dan arus pembangunan global.

“Semangat di sebalik TPB 2030 ini adalah untuk melahirkan generasi baharu Bumiputera yang berwibawa, berpaksikan nilainilai murni, mempunyai sahsiah jati diri yang berintegriti, tabah, berdikari serta kompetitif dari segi usaha dan pemikiran.

Menurutnya, generasi yang berkebolehan, berkelayakan serta mempunyai pengiktirafan diperlukan agar berupaya merebut peluang di dalam dan luar negara, seterusnya melonjakkan kedudukan Bumiputera sebagai kaum yang terbilang dan bermaruah.

“Generasi kita hari ini akan mempertaruhkan TPB 2030 sebagai pusaka warisan, penebus maruah dan pembela martabat Bumiputera sepuluh tahun akan datang.

“Walaupun Bumiputera merupakan kaum majoriti di negara ini, iaitu seramai 20.9 juta atau 69.7 peratus, status sosioekonomi Bumiputera masih pada tahap yang memerlukan peningkatan,khususnya kesenjangan kekayaan, jurang pendapatan serta pemilikan aset yang masih rendah.

Kata beliau sehingga hari ini, matlamat untuk mencapai 30 peratus penguasaan ekuiti Bumiputera tidak pernah tercapai walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan sebelum ini untuk menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi pelbagai kaum di negara ini.

“Menyedari situasi ini, Kerajaan komited dalam usaha meningkatkan penglibatan perniagaan Bumiputera dalam projek nasional berskala besar serta mengkaji polisi perolehan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

“Kerajaan juga sedang mengkaji mekanisme Jaringan Keselamatan Ekuiti (ESN) bertujuan memastikan saham yang dipegang oleh agensi bermandat Bumiputera kekal dalamkelompok syarikat Bumiputera.

Menurutnya, mekanisme berkenaan akan diperhalusi agar dapat mencapai ekuiti dan nilai Bumiputera tanpa memberi kesan terlalu besar kepada daya saing agensi-agensi berkaitan dalam urusan pelaburan mereka.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan