Tuesday, June 16, 2026

Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.

JPJ memaklumkan perkara itu menerusi Facebook rasmi lewat malam tadi.

Berikutan pemakluman tersebut, rata-rata pengguna platform sosial media memberikan maklum balas yang baik.

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus kini dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.

“Pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’ adalah digalakkan,” katanya menerusi sekeping poster yang dimuat naik.

Tambahnya, pembayaran boleh dibuat di semua kaunter JPJ negeri, cawangan atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan