24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

PRN Sarawak: 17,885 kertas undi pos dikeluarkan SPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 17,885 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada pengundi yang berhak melunaskan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas undi awal yang dikeluarkan hari ini dikendalikan petugas pilihan raya di semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semua kertas undi pos itu merangkumi 16,728 kategori Borang 1A untuk diagihkan kepada petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media.

“Manakala, sejumlah 365 undi pos lagi untuk kategori Borang 1B melibatkan warganegara Malaysia di luar negara, 679 untuk kategori Borang 1C bagi sembilan Agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan serta 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengeluaran kertas undi awal itu dibuat mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Baca juga:   Gerakan Kakitangan Awam bukan suara penjawat awam

“Selain itu, pengeluaran kertas undi pos berkenaan dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

“SPR juga mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2),” katanya.

Borang undi awal itu perlu segera dikembalikan kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu 18 Disember depan.

Baca juga:   SPR akan kenakan SOP ketat PRN Melaka

“Pengundi juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menyebarkannya di laman media sosial,” katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan