25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

6 pelajar MRSM terlibat buli digantung sekolah serta-merta

Jawatankuasa Disiplin Maktab turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi itu

Mesti Baca

ENAM pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli digantung serta-merta selama dua minggu persekolahan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi itu.

“Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM telah pun memanggil 10 pelajar yang terlibat dengan insiden berkenaan.

“Dalam laporan yang disediakan, 6 pelajar terlibat memukul mangsa buli berkenaan, manakala 4 pelajar yang berada di lokasi kejadian telah didapati bersubahat dan membuat provokasi, pelajar-pelajar ini berada di tingkatan 1 hingga tingkatan 3,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Padang Terap, Kedah hari ini.

Baca juga:   Kes tiga pegawai Mara Corp tidak digugurkan - Azam

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, Ketua Wanita, Che Arpah Ariffin, Ketua Pemuda, Jasnizam Husni dan Ketua Puteri, Yusnaliza Ahmad.

Pihak MARA tegas Mahdzir, mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu dan tindakan

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis berdasarkan siasatan luaran.

Pihak MARA jelas beliau, mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.

Baca juga:   Sindiket penipuan guna nama MB Selangor, Maszlee Malik

“Malang bagi Maktab Rendah Sains MARA yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jatidiri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM,

Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 10 saat menunjukkan dua pelajar menumbuk seorang pelajar lain di sebuah asrama yang kemudian disahkan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sainsa MARA (MRSM) di Kuala Kangsar.

Ekoran itu, Polis Kuala Kangsar telah diarah menjalankan siasatan berhubung rakaman video kejadian buli itu.

Sehubungan itu, kesemua lapan pelajar tingkatan 1 sekolah tersebut telah dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan. Empat daripadanya telah ditahan.

Baca juga:   Henti politik lompat parti, hormati titah Agong

– Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan