34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rayuan ditolak, Najib kekal disabitkan bersalah

Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan Kuala Lumpur hari ini sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan Utusan Online, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Dalam penghakiman yang dibacakan, mahkamah antara lain menyatakan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang mengemukakan permohonan agar hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan kerana mereka ingin mengemukakan rayuan.

Sementara itu, BH Online melaorkan, Mahkamah Rayuan mendapati Najib diberikan kuasa istimewa dalam SRC kerana peranannya sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa dalam pembelaan, tindakannya adalah bagi kepentingan nasional.”Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara (Nationali embarrassment),” kata Hakim.

Abdul Karim berkata, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa wang yang dipindahkan dalam akaun Najib adalah hasil daripada aktiviti haram dan perayu mengetahui mengenai kemasukan wang daripada dana SRC yang masuk dalam akaunnya.

Advertisements

“Kami bersetuju dengan dapatan hakim mahkamah tinggi bahawa tuduhan pengubahan haram berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah.

“Kami mendapati bahawa mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah melampaui keraguan munasabah.

“Kami mendapati bahawa mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah melampaui keraguan munasabah.

“Kami mendapati sabitan mahkamah tinggi terhadap semua tuduhan pengubahan wang haram terhadap perayu juga adalah selamat,” katanya.

Mahkamah Rayuan mendapati hakim mahkamah tinggi tidak tersalah arah dalam memerintahkan Najib membela diri terhadap tujuh tuduhan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.

Hakim berkata, Mahkamah Rayuan dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu mempunyai kepentingan peribadi dalam kelulusan kabinet bagi pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan mahkamah tinggi bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah pengarah bayangan SRC, beliau melantik pengarah dalam syarikat itu dan menandatangani surat pelantikan.

“Disebabkan itu semua pengarah mematuhi arahan Najib di mana tiada bukti menunjukkan bahawa mereka tidak mematuhi keputusan berkenaan” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan