Sunday, July 19, 2026

Banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas, Kelantan kekal 33 orang membabitkan enam keluarga.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, kesemua mangsa yang menetap di Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang.

“Ini memandangkan penempatan mereka masih digenangi air hampir satu meter,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Imran Ismail, setakat jam 9 pagi Rabu, Sungai Golok di Rantau Panjang telah menunjukkan bacaan paras normal dan keadaan cuaca ketika ini adalah cerah. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan