28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

Mesti Baca

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sepanjang empat hari ia berlangsung bermula Khamis ini bagi mengelak penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, pihaknya akan memastikan program yang akan berlangsung mulai Khamis sehingga Ahad ini tidak mendatangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Kita ingin pastikan program ini tidak datangkan risiko jangkitan COVID-19,” katanya dalam sidang media sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Putrajaya hari ini, lapor Bernama.

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri menampilkan galeri pencapaian kementerian, program bantuan, pameran kementerian dan agensi, persembahan kebudayaan, serta pameran dan jualan usahawan.

Rodzi berkata antara SOP yang akan dilaksanakan adalah mengehadkan bilangan pengunjung kepada 10,350 orang sahaja pada satu-satu masa berbanding kapasiti sebenar di KLCC itu iaitu melebihi 20,000 orang, dengan penganjur telah diminta memastikan wujud penjarakan fizikal sepanjang program berlangsung.

Baca juga:   PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini

Sempena perasmian program oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Khamis ini, beliau berkata kehadiran dihadkan kepada 272 individu bersama 11 orang kenamaan (VIP) utama sahaja.

“Kehadiran pada majlis perasmian ini tidak melebihi 300 individu berbanding kapasiti asal dewan yang mampu memuatkan 2,000 orang. Ini setelah kita mengambil kira penjarakan fizikal dan susunan kerusi di lokasi majlis berlangsung,” katanya.

Baca juga:   MOTAC bakal kemuka SOP baharu umrah kepada MKN

Beliau berkata pengunjung perlu lengkap vaksinasi COVID-19 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan masuk dengan syarat ibu bapa atau penjaga lengkap vaksinasi.

Sistem pengudaraan di lokasi program perlu berada dalam keadaan baik, hanya makanan dalam pack food dibenarkan, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melakukan sanitasi pada pukul 11 malam setiap hari, katanya.

“Sekiranya ada kes positif COVID-19 di lokasi majlis, tindakan sanitasi akan segera dilaksanakan dan MKN kemudian akan merujuk pakar kesihatan untuk tindakan susulan,” katanya.

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia akan berlangsung selama empat hari di KLCC bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam dan antara program menarik yang disediakan adalah Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia serta diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia.

Konsep Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diperkenalkan Ismail Sabri menerusi ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kesembilan dan membentuk kerajaan baharu pada Ogos lepas.

Baca juga:   Kes Najib: Usah terburu-buru, tidak perlu emosi, jangan seronok sangat

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan