34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Keputusan tidak wajib pakai pelitup muka petanda baik – MPN

Keadaan semasa ketika ini menunjukkan perkembangan positif dengan banyak negara turut melonggarkan syarat tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) menyifatkan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup adalah satu perkembangan yang baik.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat MPN yang lepas walaupun ketika itu KKM belum memberikan sebarang keputusan.

“Apapun keputusan yang dibuat mestilah berasaskan kepada data, pada kajian saintifik dari sudut kesihatan awam dan sebagainya.

“Sebab itu apapun keputusan yang telah dibuat oleh Menteri Kesihatan saya fikir kita terima.

“Tapi dia kata optional (pilihan) maknanya kalau kita rasa tak selesa, nak pakai pakailah. Kalau rasa tak selamat itu terserah,” katanya ketika ditemui media selepas hadir melancarkan Buku Autobiografi Tan Sri Ampi di Bangsar hari ini.

Tambahnya, keadaan semasa ketika ini menunjukkan perkembangan positif dengan banyak negara turut melonggarkan syarat tersebut dan memberi kebebasan kepada rakyat untuk menentukan pemakaian pelitup muka.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan kawasan tertutup kini adalah atas pilihan sendiri.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan