27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Penunggang motosikal maut kepala ditimpa batu runtuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penunggang motosikal maut apabila kepalanya ditimpa batu runtuh ketika mangsa sedang dalam perjalanan bersama konvoi di Kilometer 35.4 Tranum ke arah Bukit Fraser, semalam.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa, Nor Eaffendi Mohamad Samsi, 51, sedang menunggang motosikal bersama isteri, Asfalilah Abu Hassan.

Memetik laporan BH Online, Mangsa yang beralamat di Ulu Tiram, Johor, dikatakan sedang dalam perjalanan konvoi seramai 30 orang dari Jerantut menuju ke Wangsa Maju.

Konvoi itu dikatakan berlepas dari Johor Bharu ke Jerantut, Jumaat lalu, dan menginap di sana sebelum memulakan perjalanan ke Wangsa Maju.

Kumpulan itu dilaporkan melalui jalan berkenaan untuk singgah di Bukit Fraser.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed, mengesahkan insiden itu dan memaklumkan ia berlaku ketika kumpulan konvoi terbabit melalui kawasan lereng bukit.

“Pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati ada pendarahan di muka. Topi keledar yang dipakai mempunyai kesan retak di bahagian atas.

“Saksi utama yang juga isteri mangsa yang membonceng motosikal itu, memberitahu kejadian berlaku sekelip mata ketika tiba di lokasi.

Advertisements

“Isteri mangsa memaklumkan terdengar bunyi hentakan kuat di kepala suami sebelum penunggang terjatuh dan motosikal terbabas ke bahagian kanan jalan,” katanya.

Dalam kejadian itu, beliau berkata, Asfalilah dilaporkan turut terjatuh tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Raub untuk bedah siasat dan ujian COVID-19 disahkan negatif.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan, semalam, mengesahkan kematian mangsa disebabkan pendarahan di otak dengan tempurung kepala retak.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh badan dan di tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Kes disiasat bawah laporan mati mengejut (SDR) memandangkan saksi utama, iaitu isteri mangsa, mengesahkan bahagian kepala si mati telah ditimpa batu/objek keras ketika menunggang motosikal,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan