29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong santuni mangsa banjir, kurnia sumbangan di Pekan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Pekan, Pahang.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkefli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud serta pemimpin setempat.

Dalam lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan meluangkan masa hampir empat jam bermula jam 12.00 tengah hari menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Pulau Manis, PPS Institut Kemahiran Belia (IKBN) Paloh Hinai, PPS Balai Raya Kampung Tebat, PPS SMK Lepar dan PPS SK Lepar.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut dengan harapan ianya dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir,” kata Istana Negara dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Yang di-Pertuan Agong meninjau keadaan banjir di Pekan, Pahang hari ini. – Sumber: FB Istana Negara

Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli itu adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira masa, tempat dan cuaca.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan simpati kepada mangsa-mangsa banjir dan mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan situasi banjir dan cuaca buruk yang berlaku di Malaysia segera berakhir.

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda turut menyantuni mangsa-mangsa banjir di beberapa daerah di Selangor, yang terjejas teruk akibat bencana itu sejak minggu lalu. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan