25 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Mangsa banjir terus berkurangan, Pahang masih tertinggi

MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan angin kencang akan melanda Pantai Timur Semenanjung, timur Sabah dan barat Sarawak antara 27 Disember hingga 2 Januari

Mesti Baca

JUMLAH mangsa banjir terus berkurangan dengan sebanyak 31,292 membabitkan 8,791 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat 8 malam ini.

Menurut laporan terkini mangsa banjir di seluruh negara, yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah itu berkurangan berbanding 37,305 orang pada pagi tadi.

Laporan itu berkata, sebanyak 200 PPS diaktifkan di 16 daerah di negeri-negeri Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Pahang masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 18,203 orang membabitkan 5,449 keluarga di enam daerah itu.

Namun angka itu berkurangan berbanding 19,864 orang pada sebelah pagi.

Cuaca cerah sejak beberapa hari lalu di Selangor turut menyumbang pengurangan jumlah mangsa di negeri itu.

Baca juga:   Paras air naik di beberapa sungai di lima negeri

Sehingga malam ini, seramai 12,461 mangsa membabitkan 3,143 keluarga masih ditempatkan di 68 PPS di tujuh daerah.

Angka itu jauh berkurangan berbanding 16,579 mangsa pada sebelah pagi membabitkan 4,647 keluarga.

Turut berkurangan adalah mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Kelantan, jumlah mangsa yang masih berada di PPS ialah seramai 470 orang, diikuti Negeri Sembilan (182 orang) serta Melaka seramai 26 orang.

Sementara itu, berdasarkan ramalan cuaca signifikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak menjangkakan berlaku luruan monsun pada 27 Disember sehingga 2 Januari.

Baca juga:   TNB serah bantuan RM250,000 kepada mangsa banjir di Johor

Menurut agensi itu, pada masa yang sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27 Disember hingga 2 Januari dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember.

“Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula pada 30 Disember hingga 2 Januari 2022,” kata jabatan itu hari ini.

Selain itu, kata MetMalaysia, angin kencang dan laut bergelora juga diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk perairan Pantai Timur Semenanjung pada 27 Disember hingga 2 Januari.

Sehubungan itu, orang ramai yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihat sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini. – Edisi 9

Baca juga:   Tun M turun tinjau keadaan banjir di Langkawi

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan