23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

MTN lulus 4 perkara perhutanan dan perlombongan – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Tanah Negara (MTN) yang bermesyuarat buat kali ke-79 hari ini meluluskan empat perkara berkaitan perhutanan dan perlombongan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu adalah untuk membentangkan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 di Parlimen pada sesi pertama tahun depan.

Ismail Sabri berkata, RUU tersebut telah diluluksan oleh Jabatan Peguam pada 3 Disember tahun lalu dan diperingkat Jemaah Menteri pada 6 Januari lalu.

“Dalam konteks ini pemakaian RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2020
hanya akan terpakai di negeri-negeri setelah Dewan Undangan
Negeri (DUN) meminda Enakmen Perhutanan (Pemakaian)
masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Perdana Menteri berkata, MTN juga bersetuju agar kerajaan negeri melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram Hutsam Simpanan Kekal (HSK) di negeri masing-masing sebelum 1 Jun tahun depan.

Baca juga:   Tahap pengurusan krisis kita masih lemah

Beliau berkata, Tindakan Penguatkuasaan dan Penyelesaian Terhadap Penerokaan Haram dalam HSK itu bagi negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia.

“MTN juga bersetuju secara prinsip dengan pelaksanaan
Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam
HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun. D

“Dalam hal ini MTN Ke-79 juga mengambil perhatian bahawa terdapat 127,050.25 hektar Zon Pembangunan Ladang Hutan dalam HSK yang belum diluluskan kepada mana-mana syarikat,” katanya.

Baca juga:   PKPD 9 lokaliti seluruh negara mulai 26 Julai

Sehubungan itu, kerajaan negeri yang mahu meneruskan pembangunan ladang hutan perlu melaksanakan rundingan secara terperinci dengan KeTSA.

Ini bagi memastikan syarikat-syarikat yang akan dilantik mematuhi
syarat yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi serta lain-lain
perundangan yang berkuat kuasa.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat kali ini juga mengesahkan
keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Pertama yang
dipengerusikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa
dan Industri pada 16 Februari 2021.

“Keputusan-keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mineral perlu dibawa untuk persetujuan dan pengesahan MTN bagi membolehkan keputusan-keputusan tersebut dipersetujui dan disahkan.

“Ini khususnya yang melibatkan aspek perundangan seperti Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara serta enakmen berkaitan di peringkat negeri,” katanya.

-EDISI 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan