32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Saifuddin lawat China pelopori usaha pascapandemik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan lawatan rasmi ke China bermula hari ini atas undangan rakan sejawatannya dari negara tersebut, Wang Yi.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, mesyuarat julung kali tersebut bakal diadakan secara hibrid dengan pegawai dari pelbagai kementerian yang berkaitan di sini akan menyertainya secara maya.

“Lawatan berkenaan menandakan hubungan erat dan kesediaan Malaysia-China dalam usaha mempelopori pemulihan serta mempromosikan kemakmuran selepas kesan buruk wabak.

“Program itu merupakan mekanisme dua hala di peringkat menteri dengan mereka dijangka membincangkan pelbagai kerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara termasuk Kerjasama Strategik Komprehensif Malaysia-China dengan beberapa bidang akan dibincangkan antaranya perdagangan dan pelaburan serta sains dan teknologi.

“Turut bakal disentuh nanti ialah bidang ekonomi digital, komoditi dan perniagaan pertanian, diplomasi kesihatan, diplomasi budaya, pendidikan serta pelancongan,” katanya.

Baca juga:   Muhyiddin lakukan lawatan rasmi pertama ke Asia Barat

Wisma Putra menambah, kedua-dua Menteri Luar ini juga akan bertukar-tukar pandangan negara masing-masing mengenai isu hal ehwal perkembangan serantau dan antarabangsa.

“Semua program yang diatur turut disahkan mematuhi prosedur operasi standard pencegahan Covid-19 yang ketat seperti dipersetujui oleh pihak berkuasa Malaysia dan China sendiri,” kata kenyataan itu.

Lawatan selama dua hari itu akan turut diiringi pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dengan beberapa mesyuarat bakal berlangsung antaranya dengan kedua-dua menteri akan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kerjasama Pasca Era Covid-19 yang ditubuhkan pada 1 April lalu.-Edisi 9

Baca juga:   Sabah:PKPB di tiga daerah, sekolah ditutup

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan