26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat lokasi tanah runtuh

Seri Paduka Baginda turut diiringi anakanda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat lokasi Tanah Runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor hari ini. 

Tunku Azizah turut diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah.

Keberangkatan tiba baginda diiringi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada jam 4.30 petang.

Turut kelihatan adalah Ketua Pengarah Bomba, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Hamdan Wahid.

Advertisements

Sejurus ketibaan, Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan taklimat mengenai operasi SAR selama kira-kira 30 minit di khemah pusat operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi.

Selesai persembahan taklimat, Seri Paduka Baginda bertitah dan menasihati semua pihak agar bersabar kerana pasukan petugas SAR kini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mencari baki mangsa yang belum ditemui.

Seri Paduka Baginda kemudian turut berkenan meninjau khemah pusat operasi pasukan JBPM.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan