29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong berkenan ke sambutan Hari Kebangsaan Qatar

Hari Kebangsaan Qatar disambut setiap 18 Disember.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istana Lusail di Doha, bagi menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan Qatar, semalam.

Keberangkatan Seri Paduka ke majlis itu diiringi Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, serta Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah dan merupakan atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani.

Turut mengiring ialah Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di Istana Lusail pada 3.30 petang waktu tempatan disambut sendiri oleh Sheikh Tamim dan beberapa kerabat Diraja Qatar.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan menyaksikan persembahan tarian pedang tradisi Qatar yang dipanggil ‘Ardha’ bersama-sama 5,000 tetamu jemputan lain, selain menyantuni dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang turut hadir ke majlis itu ialah Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino.

Hari Kebangsaan Qatar disambut setiap 18 Disember.

Seri Paduka kini berada di Doha atas persilaan peribadi Sheikh Tamim sempena temasya Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Seri Paduka dijadual berangkat pulang dan tiba di tanah air pada 19 Disember ini.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan