29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Budak perempuan 2 tahun korban pertama banjir Terengganu

ibu saudara mangsa sedang berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 3 petang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas di Kampung Apal, Jerteh, Besut, Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian itu, mayat Nur Hilwa Idris Mohd. Haris Zaifan ditemui ahli keluarga terapung di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya pada pukul 3.40 petang.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa, sewaktu kejadian, kanak-kanak perempuan itu berada di rumah ibu saudaranya yang terjejas banjir.

“Sebelum kejadian, ibu saudara mangsa sedang berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 3 petang.

“Dia tidak menyedari kanak-kanak tersebut dipercayai keluar melalui pintu dapur. Mangsa dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus banjir.

“Kehilangannya hanya disedari kira-kira 40 minit kemudian. Orang kampung menjumpai mayat mangsa terapung di dalam parit berkenaan terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Menurutnya, sewaktu kejadian kawasan rumah ibu saudara mangsa itu dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

“Saya menasihatkan ibu bapa dan penjaga lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka pada musim tengkujuh ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan