26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

3 guru MRSM Pendang positif COVID-19, sekolah dinasihat tutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Kedah dinasihatkan untuk tidak beroperasi selama tiga hari bermula esok berikutan terdapat tiga orang guru yang positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, nasihat penutupan itu dikeluarkan pihaknya bagi membolehkan MRSM tersebut disanitasi selain untuk tujuan siasatan lanjut.

“Dua daripada guru itu tinggal di taman perumahan di luar sekolah manakala seorang lagi tinggal di kuarters MRSM.

“Ketiga-tiga mereka kini diarah menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO),” katanya lapor Kosmo Online.

Difahamkan kes positif melibatkan guru tersebut dikesan antara 26 November lalu sehingga hari ini.

Othman menambah, seramai 30 guru yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan mereka turut menjalani HSO.

“Walaupun MRSM itu ditutup, namun para pelajar tidak pulang ke rumah masing-masing dan akan tetap berada di asrama,” katanya.

Baca juga:   5G: K-KOMM teliti memorandum Pemuda UMNO - Annuar

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman mengesahkan setakat ini tiada pelajar dikesan positif.

“Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan Covid-19 di situ. Setakat ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kontak rapat serta punca penularan tersebut.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan