27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Peguam Najib mohon tangguh keputusan rayuan

Permohonan dibuat kerana peguam Najib dikatakan mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ESOK, rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta membabitkan kes dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta, dijangka akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri itu berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman itu atau sebaliknya akan diputuskan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Bagaimanapun, peguam memohon keputusan rayuan bekas Perdana Menteri itu ditangguh kerana peguam mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19.

Menurut surat daripada peguam Najib kepada Mahkamah Rayuan, ia juga mendakwa sebahagian besar pasukan peguamnya juga mempunyai kontak biasa, kontak rapat dan malah satu kes yang didakwa positif Covid-19.

Dalam surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh semalam, peguam memohon Mahkamah Rayuan melapangkan tarikh keputusan yang dijadualkan sebelum ini berkaitan keputusan rayuan Najib pada Rabu ini.

Para peguam juga meminta perbicaraan yang dijadualkan hari ini mengenai permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rayuan SRC  turut dilapangkan.

Menurut surat itu, pada 4 Disember lalu, peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, anaknya Muhammad Farhan dan isterinya, menghadiri satu majlis di mana kemudiannya diketahui ada seorang individu disahkan positif Covid-19.

Peguam mendakwa individu yang diuji positif itu adalah ibu kepada anggota pasukan peguam yang mewakili Najib.

Seorang lagi anggota pasukan peguamnya yang berasingan juga kemudiannya dikesan positif.

Mereka mendakwa Najib juga hadir ke firma guaman berkenaan untuk mengesahkan afidavit tertentu berkaitan permohonannya untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rayuan SRC.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan