24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hanya 85,788 individu di Pahang terima dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri Pahang meminta orang ramai yang layak menerima Program Vaksin Dos Pengalak (VDP) segera berbuat demikian.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, ini kerana angka itu masih rendah berbanding kelayakan semasa membabitkan 208,831 orang.

“Setakat 5 Disember lalu, hanya 85,788 individu daripada 1,023,966 penerima vaksin lengkap yang layak VDP,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa petugas khas bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sedang giat mengadakan pelbagai aktiviti dan program untuk meningkatkan prestasi suntikan VDP di Pahang.

“Program ini diadakan di pelbagai tempat termasuk masjid, pasar raya, balai raya dan tempat-tempat lain yang bersesuaian, namun kita dapati rakyat Pahang masih kurang untuk mendapatkan VDP ini.

Advertisements

“Menerusi data terkini turut menunjukkan 40 peratus rakyat Pahang tidak hadir mendapatkan VDP walaupun telah diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera. Mereka mungkin takut atau tidak faham kepentingan VDP ini,”katanya.

Dr Nor Azimi berkata, seperti yang semua sedia maklum, tempoh enam bulan selepas dos kedua, tahap antibodi seseorang akan menurun. Justeru VDP sangat diperlukan untuk mengekalkan perlindungan terhadap jangkitan Covid-19.

“Walaupun vaksin tidak mampu mencegah seseorang itu daripada dijangkitan Covid- 19 namun ia dibuktikan mampu mengurangkan keterukan dan komplikasi termasuk kematian,” jelasnya.

Tambah beliau, sememangnya suntikan vaksin satu pilihan tetapi ia baik untuk perlindungan diri dan orang lain.-Edisi 9


Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan