34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Individu berisiko, barisan hadapan disaran dos penggalak kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN berisiko tinggi seperti individu yang mempunyai penyakit kronik atau komorbid serta petugas barisan hadapan disaran mengambil dos kedua vaksin penggalak.

Pakar Mikrobiologi Klinikal, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata, pengambilan dos kedua bagi dos penggalak itu mampu mengurangkan kadar jangkitan yang teruk terutamanya ketika negara ini sudah mengesan varian membimbangkan (VOC) Omicron BA.4 dan BA.5.

“Walaupun vaksin COVID-19 kurang berkesan terhadap subvarian ini, vaksin masih berupaya mengurangkan kadar jangkitan teruk dan kematian.

“Justeru, golongan berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai penyakit kronik dan petugas barisan hadapan perlu mendapatkan dos kedua vaksin penggalak,” katanya lapor BH Online.

Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 kini dilaporkan merebak di lebih 110 negara termasuk Asia seperti Thailand, Filipina, India selain Malaysia, Indonesia dan Singapura.

DR NURUL AZMAWATI MOHAMED

Kedua-dua subvarian Omicron itu kini ditambah dalam senarai pemantauan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mac lalu dan ditetapkan sebagai VOC oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Malaysia kembali mencatatkan pertambahan kes melebihi 3,000 semalam iaitu sejumlah 3,561 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah itu sekali gus menjadikan angka jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,582,302 kes.

Kali terakhir negara ini mencatatkan kes lebih 3,000 ialah pada 13 Mei lalu dengan 3,029 kes dilaporkan. Negara ini terus menunjukkan peningkatan kes jika dibandingkan kelmarin dengan 2,932 kes serta Isnin lalu, 1,918 kes.

Dalam pada itu, Dr Nurul Azmawati memaklumkan, Omicron BA.4 dan BA.5 dilaporkan mudah merebak dan lebih kebal terhadap antibodi yang dihasilkan oleh vaksin COVID-19.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

“Paling penting, elakkan daripada tempat-tempat sesak dan ramai orang. Sentiasa pakai pelitup muka dan bawa bersama ‘hand sanitizer’.

“Ketika Aidiladha, sekiranya tidak sihat, duduk sahaja di rumah. Elakkan berkumpul beramai-ramai,” katanya.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan