28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Perolehan vaksin: Muhyiddin tak sebut, media salah lapor – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara telah membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli vaksin bagi keperluan 30 peratus penduduk.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia berpunca daripada laporan media yang tidak tepat, kemudian dipetik oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh ketika membangkitkan isu tersebut.

Ekoran itu, beliau telah menyatakan Muhyiddin tersilap cakap mengenai perkara yang dibangkitkan PAC pada Januari lalu, walhal perkara tersebut tidak pernah disebut oleh bekas Perdana Menteri.

Berikut kenyataan penuh Khairy berhubung perkata itu:

Merujuk kepada laporan-laporan berita pada 1 Disember 2021 tentang kenyataan saya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Januari lalu berhubung perolehan vaksin COVID-19, saya memberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tersilap cakap apabila mengatakan bahawa kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion, bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk 30 peratus penduduk negara ini.

Dalam sesi penerangan itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh telah membangkitkan tentang laporan media yang memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu, bahawa negara telah membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin buat 30 peratus penduduk negara ini seperti laporan portal Berita Harian, Malaysia dan The Straits Times, Singapura pada 13 Disember 2020.

Namun setelah pejabat saya memperoleh transkrip penuh ucapan Tan Sri Muhyiddin ternyata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ia adalah laporan yang tidak tepat, sekurang-kurangnya oleh dua agensi berita tersebut.

Bagaimanapun, kesilapan laporan itu tidak diperbetulkan dan boleh diakses sehingga ke hari ini.

Saya juga ingin mengingatkan para pengamal media untuk berhati-hati dalam laporan mereka. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan