26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes harian kembali rekod di bawah angka 4,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian kembali merekodkan di bawah angka 4,000 dengan 3,900 kes hari ini.

Ia kali ketiga jangkitan harian COVID-19 mencatatkan di bawah angka tersebut untuk bulan ini dengan kali pertama pada Isnin (3,504 kes) serta Ahad (3,490 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,703,140 kes.

Menurut beliau, kes sembuh merekodkan sebanyak 4,552 kes dengan kini telah mencatatkan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,615,162 atau 96.7 peratus.

“Daripada kes harian berkenaan, kes import merekodkan sebanyak 19 kes yang melibatkan seramai 16 warganegara dan tiga bukan warganegara.

“Penularan tempatan pula merekodkan sebanyak 3,881 kes yang melibatkan seramai 3,692 warganegara (95.1 peratus); 189 bukan warganegara (4.9 peratus).

“Terdapat 86 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,814 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 384 kes (304 kes disahkan COVID-19; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 213 kes (142 kes disahkan COVID-19; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat tujuh lagi kluster dilaporkan hari ini, menjadikan kluster aktif kini mencecah 246 kluster. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan