26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Diskaun saman JPJ dilanjut sehingga 31 Disember

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melanjutkan tempoh tawaran pengurangan pembayaran kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) sehingga 31 Disember ini.

Lanjutan tempoh pengurangan saman itu dibuat susulan sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai bersempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berakhir 12 Disember lalu.

Menurut kenyataan JPJ, tawaran itu bagaimanapun tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

“Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, pesalah dikehendaki untuk hadir sendiri ke kaunter JPJ, bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum menikmati diskaun saman yabg diberikan.

“Kemudahan pembayaran saman ini adalah melibatkan semua Kaunter di Pejabat JPJ seluruh negara termasuk kios, Mobile JPJ, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Urusan transaksi tersebut boleh dilakukan bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang (termasuk hujung minggu), manakala bagi UTC, waktu pengoperasian adalah tertakluk kepada arahan MOF,” katanya.

Katanya, transaksi pembayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ.

Ketika program 100 Hari AKM yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, ribuan pengguna menyerbu kaunter pembayaran saman JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Akibatnya, Kementerian Kesihatan telah mengesakan tindakan kompaun sebanyak RM1,000 kepada penganjur kerana dikatakan melanggap prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Malah kaunter-kaunter bayaran di pejabat-pejabat JPJ dan unit bergeraknya juga menjadi tumpuan untuk mengejar tempoh pemberian diskaun yang terhad itu.

Sebelum ini JPJ melanjutkan tempoh pembayaran dengan diskaun 80 peratus sehingga hari ini. -Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan