24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seks luar tabii: Selangor, KL catat kes tertinggi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELANGOR dan Kuala Lumpur muncul sebagai negeri tertinggi mencatatkan kes seks luar tabii melibatkan mangsa umur 18 tahun, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 sehingga November lalu, kes yang direkodkan di Selangor ialah 94 kes dan Kuala Lumpur 39 kes.

Menurut beliau, kes bagi negeri lain dalam tempoh itu ialah Johor 37 kes, Sabah (18) Sarawak (17), Pahang dan Perak masing-masing 16 kes, Kedah (13), Pulau Pinang (12), Terengganu (sembilan), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing lapan kes, Kelantan (enam) dan Perlis (empat).

“Antara umur yang terlibat dalam kes ini ialah di bawah 16 tahun seramai 208 orang, usia 16 hingga 18 tahun pula 82 orang dengan dengan 114 lelaki dan 176 perempuan,” katanya dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, kes rogol bawah umur dan sumbang mahram merupakan jenayah seksual yang memerlukan inisiatif pelbagai pihak untuk sama-sama membanteras isu itu.

“Jadi, saya mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak, selain beberapa pelan strategik jangka panjang telah dibangunkan untuk mengatasi isu ini.

“Antaranya adalah dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reprodutif dan Sosial (Pekerti) yang bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak termasuk wanita, keluarga dan kanak-kanak,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan