26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Kes harian 4,097; lepasi angka 4,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian kembali melepasi angka 4,000 dengan 4,097 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,699,240 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembul pula merekodkan sebanyak 4,301 kes.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini mencecah 2,610,610 kes atau 96.7 peratus.

“Daripada kes baharu yang dilaporkan sebanyak
18 kes adalah kes import yang melibatkan 15 warganegara dan tiga bukan warganegara.

“Penularan tempatan pula sebanyak 4,079 kes melibatkan 3,821 warganegara (93.7 peratus); 258 bukan warganegara (6.3 peratus).

“Terdapat sebanyak 86 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,011 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 382 kes (330 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Baca juga:   Bakal jemaah haji boleh dapatkan dos penggalak secara 'walk in' - Khairy

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 201 kes (144 kes disahkan COVID-19; 57 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan sebanyak enam kluster lagi dilaporkan hari ini.

“Jumlah kluster sejak pandemik melanda sebanyak 6,049 kluster bagaimanapun jumlah kluster sebanyak 5,804.

“Terkini, jumlah kluster aktif yanh dilaporkan sebanyak 245 kluster,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Awal Ramadan: Johor umum 26 Mac cuti ganti

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan