31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki berjaya bida harta Sajat RM132,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LELAKI berjaya membida barangan lelongan di kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat pada harga RM132,000 di sini, hari ini.

Memetik laporan Metro Online, antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.

Difahamkan, proses lelongan terbabit disertai oleh lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.

Ketika ini, pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.

Sementara itu, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat yang dilelong, pulang hampa berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.

Wanita itu yang mahu dikenali Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur tiba agak lewat dan cuba merayu untuk masuk namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

Ketika ditemui media di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.

“Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular.

“Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan