25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Isteri, dua anak MB Selangor positif Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISTERI Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan dua anaknya disahkan positif Covid-19 semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau bagaimanapun disahkan negatif selepas menjalani ujian PCR Covid-19.

“Saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu PCR kedua pada Khamis nanti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Namun begitu, katanya, beliau ingin memaklumkan bahawa isteri, Masdiana Muhamad dan dua anak telah disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin, 13 Disember.

Advertisements

“Alhamdulillah melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif. Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya.

Beliau memohon maaf atas sebarang kesulitan dan memohon semua pihak agar mendoakan kesihatannya sekeluarga.

Program terakhir dihadiri Amirudin adalah Majlis Penyerahan Cek bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Selangor di Batu Caves, Gombak pada 11 Disember lalu.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan