31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Kluster berulang, syarikat abai SOP – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANYAK kes berulang membabitkan kluster syarikat ketika ini walaupun arahan dan peringatan sudah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pekerja dalam premis diperketat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, disebabkan perkara itu pihaknya melihat keperluan mendesak supaya Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dipinda, khususnya bagi meningkatkan jumlah kompaun.

“Mana-mana syarikat atau individu ketika ini hanya tertakluk kepada kompaun maksimum RM1,000 dan jumlah itu bagaimanapun tidak langsung memberi kesan kepada penerima kompaun.

“Contohnya, satu kilang sarung tangan yang mendapat keuntungan mencecah berjuta-juta. Kalau kita denda menggunakan Akta 342 sekarang, maksimum hanya RM1,000 dan tidak ada kesan.

“Kita kena lihat bagaimana untuk menaikkan kompaun berkenaan supaya ada kesan dalam syarikat terbabit.

Baca juga:   WHA: Pemilihan Khairy penghormatan besar buat negara

“KKM juga dapati banyak kes atau kesalahan berulang atau kluster dua tiga kali berlaku di tempat atau syarikat sama.

“Ini bermakna, SOP yang sepatutnya tidak dilaksanakan dengan betul, maka ini perlunya kita tingkatkan jumlah kompaun itu,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, pindaan Akta 342 kelak akan mengasingkan bentuk kompaun yang dikenakan kepada individu dan syarikat, dengan kompaun maksimum dicadangkan bagi individu adalah RM10,000 manakala syarikat RM1 juta.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan