33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

VTL darat berkuat kuasa mulai 20 Disember ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik bagi pengembara terdiri daripada warganegara Malaysia dan Singapura kerana mereka boleh memasuki kedua-dua negara masing-masing menggunakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat berkuatkuasa 20 Disember ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, malah pemastautin tetap Malaysia masih boleh memasuki Malaysia menggunakan VTL-Land.

“Bagaimanapun semua pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

“Pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian saringan Covid-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing,” katanya.

VTL-Land ketika ini masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja dan akan menawarkan tiket dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa.

Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan di Malaysia akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) manakala di Singapura akan menggunakan Terminal Queen Street (QST) dan Woodlands Temporary Bus Interchange (WTBI).

Butiran mengenai keperluan VTL-Land boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg.-Edisi 9

Terkini

Agong murka isu stoking tertera kalimah Allah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di...

Lagi Artikel Berkaitan