27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Selangor anjur rumah terbuka Aidilfitri bermula Jumaat ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menjemput seluruh rakyat negeri  memeriahkan rumah terbuka kerajaan negeri iaitu ‘Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri’ di kesemua sembilan daerah bermula Jumaat ini hingga 14 Mei.

Jemputan itu dibuat melalui satu kenyataan di laman media sosial rasmi miliknya.

“Insya-Allah Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi yang telah dimulakan tahun lepas iaitu Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di kesemua sembilan daerah seluruh Selangor.

“Dikenali sebagai Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri, program ini akan bermula hari Jumaat 28 April 2023 di Daerah Sepang dan akan berakhir di Gombak pada hari Ahad 14 Mei 2023 hadapan.

“Seluruh rakyat Negeri Selangor dijemput menghadiri dan memeriahkan sambutan Aidilfitri kali ini,” katanya melalui kiriman Facebook pada Isnin.

Advertisements

Program tersebut akan bermula di pasar pagi Pekan Salak, Sepang dan diteruskan di Padang Awam Hulu Bernam, Kuala Selangor serta Padang Taman Sri Kerayong, Klang pada 28, 29 dan 30 April.

Program berkenaan akan diteruskan di Padang Taman Awam Hulu Bernam di Hulu Selangor pada 29 April dan seterusnya di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding di Hulu Langat pada 5 Mei.

Rumah terbuka tersebut akan berakhir di Gombak pada 14 Mei.

Tambahnya, program itu lebih efektif dan mencapai matlamat apabila seluruh penduduk dapat merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri di daerah masing-masing.

“Dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku pelaksana utama dan sokongan Pejabat-pejabat Daerah selain Agensi/Jabatan Kerajaan Daerah, program ini turut membantu para peniaga dan usahawan makanan di setiap daerah untuk sama-sama menyemarak dan memeriahkan sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri di daerah masing-masing,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan