27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Guan Eng ingatkan PN jangan hanya pandai fitnah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng membidas pembangkang dengan menyifatkan mereka hanya pandai melontarkan fitnah namun gagal menyediakan kemudahan asas buat rakyat.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) terbukti mampu mentadbir negeri dengan baik termasuk membekalkan kemudahan asas seperti bekalan air bersih berbeza dengan parti lawan yang gagal menyediakan kemudahan asas seperti air kepada rakyat.

“Bersyukurlah dalam bulan Ramadan di Pulau Pinang tidak mengalami masalah gangguan bekalan air. Dalam bulan Syawal pasti juga tidak wujud masalah kekurangan air. Inilah salah satu tugas utama sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk membekalkan kemudahan asas.

“Itulah perbezaan di antara kerajaan PH dan parti lawan. Pada PRN negeri yang akan datang, rakyat perlu pilih sama ada mahu mereka yang hanya pandai fitnah atau yang cakap benar dan mampu buat kerja. 

Advertisements

“Jangan pandai buat fitnah sehingga kemudahan asas seperti air pun tak boleh dibekalkan. Akhirnya rakyat yang akan merana. Takkan dalam zaman moden ini masih kena bergantung pada air perigi?,” katanya melalui hantaran di Facebook pada Isnin.

Guan Eng juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan DAP akan terus mempertahankan kerusi sedia ada di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor untuk kerajaan negeri PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, DAP juga akan berusaha menembusi kubu kuat di tiga negeri lain pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Tugas kami bukan sahaja mempertahankan kerajaan negeri, tetapi untuk mengukuhkan lagi kerajaan persekutuan bertahan 5 tahun sepenuhnya,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan