27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

EPL: Mason ganti Stellini jurulatih interim Spurs

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TOTTENHAM melakukan tindakan segera susulan kekalahan memalukan 1-6 di tangan Newcastle hujung minggu lalu dengan melepaskan Cristian Stellini daripada jawatan ketua jurulatih sementara dan menggantikannya dengan Ryan Mason.

Stellini dilantik sebagai pengurus interim susulan pemergian Antonio Conte bulan lalu.

Namun, bekas penolong jurulatih Spurs itu tidak mampu mengubah nasib Spurs dalam misi mereka untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Tottenham ketinggalan 0-5 dalam 21 minit pertama perlawanan ketika berdepan pesaing penamat empat teratas, Newcastle.

Advertisements

Rekod itu membawa mereka menjadi pasukan kedua tercepat dibolosi lima gol dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Stellini hanya dapat melakar satu kemenangan daripada empat perlawanan sejak menggantikan Conte.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy, membuat keputusan sekali lagi mengubah ketua jurulatih pasukan itu buat kali kedua hanya dalam tempoh sebulan.

Untuk rekod, Mason sebelum ini pernah menjadi pengurus interim Spurs selepas pemergian Jose Mourinho pada 2021, di mana mereka tewas 0-1 kepada Manchester City dalam final Piala Liga Inggeris (EFL). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan