31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MB Kelantan seru rakyat solat hajat hadapi cuaca panas 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob meminta umat Islam di negeri ini mengadakan solat hajat di rumah masing-masing memohon hujan susulan kemarau melampau ketika ini.

Ahmad turut menyarankan imam-iman melaksanakan solat hajat di masjid atau surau di seluruh negeri Kelantan.

“Negara kini berhadapan dengan cuaca terlalu panas yang dijangka sehingga bulan Ogos 2023 berikutan peralihan monsun. Berikutan keadaan tersebut telah menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan memusnahkan tanaman pertanian. 

“Untuk itu, saya menyeru rakyat Kelantan untuk perbanyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah SWT serta mengambil peluang untuk solat hajat di rumah masing-masing. 

Advertisements

“Para imam disarankan melaksanakan solat hajat di masjid atau surau di seluruh negeri Kelantan memohon agar hujan dapat turun pada kadarnya demi kesejahteraan bumi dan seluruh penduduk,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) dengan catatan suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius, semalam.

Kawasan terlibat di Semenanjung ialah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan