32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 12, 2025

Legasi MBI diteruskan – MB Kelantan

Menjadi keutamaan bagi beliau menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat kelantan tanpa mengira latar belakang kaum dan sebagainya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Kelantan akan meneruskan legasi Membangun Bersama Islam (MBI) yang terbukti meletakkan Islam sebagai asas untuk mentadbir urus kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat.

Sehubungan dengan itu, kata Menteri Besar, Datuk Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, beliau mengharap sokongan dan dokongan daripada semua pihak.

“Ia termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai Tadbir Negeri, semua penjawat awam, alim ulama dan seluruh rakyat kelantan untuk sama-sama meneruskan legasi MBI,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas memulakan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan ke-19 menggantikan Datuk Ahmad Yakob, di Mabna, hari ini.

Beliau berkata, menjadi keutamaan baginya menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang kaum dan sebagainya.

Advertisements

“Selain kekuatan daripada ahli mesyuarat negeri yang dilantik dalam pelbagai bidang meliputi golongan ulama, profesional dan tenokrat, saya juga yakin bahawa kerajaan negeri dan persekutuan kekal kukuh dengan semangat federalisme.

“Justeru kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan matang dengan konsep G2G demi kesejahteraan rakyat,”katanya.

Semalam, Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Beliau adalah Menteri Besar Kelantan ketiga selepas PAS mengambil alih Kelantan pada 1990. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia bakal miliki kapal baharu buatan Turkiye

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye sebagai langkah strategik memperkukuh keupayaan...

Lagi Artikel Berkaitan