27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Erdogan hubungi Anwar erat hubungan, isu Tunisia, Sudan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Kedua-dua pemimpin itu saling berbalas ucapan sambutan Aidilfitri sambil berbincang mengenai beberapa perkara termasuk pengukuhan hubungan Malaysia-Turkiye.

“Menerima panggilan telefon daripada Presiden Republik Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semalam sambil kedua kami berbalas ucapan Aidilfitri Mubarak.

“Kami menegaskan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, isu-isu antarabangsa termasuk perkembangan krisis politik di Tunisia, selain perkembangan terkini mengenai pergolakan di Sudan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga  mengambil maklum Turkiye kini sedang dalam proses persediaan untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

“Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Republik Turkiye dan memperkukuh hubungan antara kedua negara sahabat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

McDonald’s tawar pengajian diploma kepada 18 alumni perantis

MCDONALD'S Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan