31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Banjir: Pemohonan tangguh bayaran PTPTN boleh kemuka esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan dengan bencana banjir boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman mulai esok sehingga 31 Mac 2022.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran.

“Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman akibat bencana banjir.” kata perbadanan itu hari ini.

Kenyataan itu berkata, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bermula bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan dan dua bulan ke hadapan dari Disember 2021 hingga Mei 2022.

Katanya, kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

PTPTN turut mengingatkan peminjam agar mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan itu dapat disampaikan kepada mereka.

Tambah PTPTN, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di ruangan soalan lazim atau menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di 03-21933000 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang).

Pertanyaan juga boleh dikemukakan menerusi perbualan langsung (live chat) laman web PTPTN, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi PTPTN. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan